Mencari rumah sewa yang ideal boleh menjadi satu cabaran, terutamanya dengan kemunculan pelbagai iklan menarik yang sering kita lihat di platform dalam talian. Namun, penting untuk sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa scam rumah sewa. Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda mengelak daripada terjerat dengan penipuan rumah sewa.
Jika anda mendapati harga sewarumah yang ditawarkan terlalu murah berbanding harga pasaran, ini adalah satu tanda amaran. Scammers sering menggunakan taktik ini untuk menarik perhatian penyewa yang tidak curiga. Sebagai langkah berjaga-jaga, lakukan penyelidikan mengenai harga sewa di kawasan tersebut. Sekiranya harga sewa yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran, ini mungkin tanda penipuan.
Gambar-gambar yang cantik dan menarik sering digunakan untuk memancing penyewa. Namun, jangan mudah terpedaya dengan gambar sahaja. Pastikan anda melihat rumah tersebut secara fizikal sebelum membuat sebarang keputusan. Jika pemilik atau ejen enggan membenarkan anda melihat rumah tersebut, ini adalah satu lagi petanda bahawa mungkin adasesuatu yang tidak kena.
Penipuan rumah sewa sering melibatkan individu yang tidak mahu bertemu secara bersemuka. Mereka mungkin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak daripada bertemu. Jika anda menghadapi situasi di mana pemilik atau ejen sentiasa mengelak untuk berjumpa,berhati-hatilah. Komunikasi secara bersemuka adalah penting untuk memastikan urusan sewa menyewa berjalan lancar dan telus.
Sekiranya anda ditawarkan untukpindah masuk terus tanpa perlu melihat rumah terlebih dahulu, ini adalah satu lagi tanda penipuan. Langkah ini boleh menyebabkan anda menyewa rumah yang tidak wujud atau dalam keadaan yang jauh berbeza daripada yang dijanjikan. Sentiasa pastikan anda melihat dan memeriksa rumah tersebut sebelum membuat sebarang bayaran atau komitmen.
Scammers sering meminta bayaran deposit secara online tanpa sebarang usul periksa. Mereka mungkin memberikan alasan kononnya rumah tersebut sangat laris dan perlu segera membayar deposit untuk mengelak dari terlepas. Pastikan individu yang mengiklankan iklan tersebut adalah tuan rumah atau ejen hartanah yang berlesen. Jangan sesekali membuat bayaran deposit sebelum anda benar-benar pasti tentang kesahihan rumah tersebut dan keabsahan pemilik atau ejen. Gunakan kaedah pembayaran yang selamat dan pastikan anda mendapat resit atau bukti pembayaran yang sah.