Panduan
5
 minit bacaan

Hak, Keistimewaan, dan Manfaat untuk Pembeli Rumah Pertama

Ketahui hak, keistimewaan, dan manfaat yang boleh anda nikmati sebagai pembeli rumah pertama – klik untuk maklumat lanjut!
Ditulis oleh
Amirul Hilmy
Tarikh dikemaskini
24/2/2025

Membeli rumah pertama boleh menjadi pengalaman yangmencabar bagi kebanyakan orang. Jika ini kali pertama kita melalui prosestersebut, mungkin kita kurang faham tentang prosedur, serta hak, keistimewaan,dan manfaat yang boleh diperoleh.

Saya berharap artikel ini dapat membantu pembeli rumahpertama memahami hak, keistimewaan, dan faedah yang tersedia untuk mereka,supaya mereka dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam pembelian rumahpertama mereka

A. Pengecualian Duti Setem

1. Berikutan pengumuman Bajet 2017 pada 21 Oktober 2016 olehPerdana Menteri, pengecualian sepenuhnya (100%) bagi cukai setem untuk pembelirumah pertama telah dilaksanakan melalui Perintah Duti Setem (Pengecualian)2016 dan Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No.2) 2016.

2. Namun, pengecualian penuh ini hanya terpakai untukhartanah kediaman bernilai sehingga RM300,000.00 dan sah bagi pembelian yangdibuat antara Januari 2017 hingga Disember 2018. Berikut dibawah adalahpengecualian duti stem:

3. Untuk layak menerima pengecualian duti setem ini, pembelirumah pertama perlu memastikan bahawa Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi hartanahkediaman tersebut ditandatangani pada atau selepas 1 Januari 2017. Walaubagaimanapun, bagi memastikan kelayakan, perjanjian tersebut tidak bolehmelebihi tarikh akhir yang ditetapkan, iaitu pada atau sebelum 31 Disember2018.

4. Jika anda pernah dapat rumah melalui wasiat atau hadiah,sama ada atas nama sendiri atau berkongsi dengan orang lain, anda tak layakuntuk pengecualian ini.

B. Skim Rumah Pertamaku

1.     Skim Rumah Pertamaku (SRP) diperkenalkandalam Bajet Malaysia 2011 bagi membantu pembeli rumah pertama mendapatkanpembiayaan penuh 100% daripada bank-bank yang terlibat.

2.      Untuklayak dalam skim ini, anda mesti merupakan pembeli rumah pertama,berumur 40 tahun ke bawah, dan mempunyai gaji kasar bulanan tidakmelebihi RM5,000. Jika sudah berkahwin, jumlah pendapatan isi rumahbersama pasangan tidak boleh melebihi RM10,000, dengan had maksimum RM5,000bagi setiap pemohon.

3.       Skim inihanya terpakai untuk hartanah bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000,dan rumah tersebut mesti dibeli untuk kediaman sendiri, bukan untukpelaburan atau disewakan.

4.       Senarai bank yang menyertai skim ini boleh didapati di laman rasmi SRP, manakala syarat kelayakan lain boleh dirujuk di halaman kriteria.

C. MyDeposit

1. Skim ini membantu pembeli rumah dalam pembayaran depositdengan jumlah antara RM3,000 hingga RM30,000 atau 10% daripada hargarumah (bergantung kepada jumlah yang lebih rendah).

2. Ia hanya ditawarkan untuk hartanah kediaman yangbernilai tidak melebihi RM500,000.

3. Anda boleh memohon jika berumur 21 tahun ke atasdan mempunyai pendapatan kasar antara RM3,000 hingga RM10,000. Proses kelulusan biasanya mengambil masa sekitar dua (2) bulan atau lebih. Jika permohonan anda berjaya, anda akan menerima kelulusan bersyarat dan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dalam tempoh 30 hari.

4, Skim ini mempunyai sekatan di mana rumah yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun selepas pembelian.

D. Skim MyHome

Skim ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia berumur 18tahun ke atas untuk membeli rumah pertama mereka melalui projek yang telahmendapat kelulusan daripada Jabatan Perumahan Negara. Untuk maklumatlanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di Jabatan Perumahan Negara.

 

E. Pinjaman Bank Dengan Margin Pembiayaan Sebanyak 90%

1. Kebanyakan     bank menawarkan pembiayaan sehingga 90% untuk rumah pertama dan     kedua, bergantung pada kelayakan kewangan pemohon.

2. Sebagai     pembeli rumah pertama, anda hanya perlu membayar 10% daripada harga     rumah sebagai deposit. Jika anda sedang bekerja, anda boleh     menggunakan Akaun 2 KWSP untuk membantu membayar deposit tersebut.

3. Walau     bagaimanapun, terdapat beberapa syarat dan peraturan yang perlu     dipatuhi untuk pengeluaran KWSP. Pengeluaran hanya dibenarkan selepas     pinjaman perumahan diluluskan oleh bank dan Perjanjian Jual Beli     (SPA) telah ditandatangani oleh anda serta pihak penjual. Selain itu, dokumen     berkaitan juga perlu dicop setem sebelum pengeluaran boleh diproses.   Untuk maklumat lanjut, sila rujuk borang pengeluaran KWSP.


Kesimpulan

Sebagai pembeli rumah pertama, memahami kelebihan dan inisiatif  dan manfaat yang tersedia daripada kerajaan  dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dalam pembelian hartanah. Dengan pelbagai skim sokongan, pengecualian duti setem, serta kemudahan pembiayaan, anda berpeluang memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah. Pastikan anda meneliti syarat dan kelayakan yang ditetapkan agar dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya.