Panduan
6
 minit bacaan

Apa yang Best Rumah Dekat Lakefront Prima Cyberjaya?

Nak tahu kenapa rumah dekat Lakefront Prima SelangorKu ni best untuk menetap? Ikuti pautan ni untuk lebih lanjut !
Ditulis oleh
Amirul Hilmy
Tarikh dikemaskini
4/7/2024

3 Benda Best Yang Ada Dekat Lakefront Prima Cyberjaya


Lakefront Prima SelangorKu, Cyberjaya  merupakan projek perumahan mampu milik di bawah Akta PR1MA 2012, antara pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menetap di kawasan bandar utama dengan kos yang berpatutan. Tujuan utama PR1MA adalah untuk merancang, membangunkan, membina dan mengekalkan perumahan berkualiti tinggi untuk golongan berpendapatan sederhana. Dengan harga rumah yang dijual antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja, dan harga sewa sekitar RM1200 hingga RM1800 sebulan, Lakefront Prima menawarkan peluang yang menarik untuk memiliki rumah idaman.

1. Lokasi Rumah di Tepi Tasik

Salah satu tarikan utama Lakefront Prima adalah lokasinya yang terletak betul-betul di tepi tasik di Cyberjaya. Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi, setiap unit di sini menggabungkan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang menjadikan suasana lebih nyaman dan segar. Bayangkan setiap hari bangun pagi dengan viewing tasik yang menenangkan – memang sesuatu yang amat mempesonakan. Jika anda berpeluang mendapatkan unit yang hari hari boleh healing tengok view tasik, for sure tinggal di sini sangatlah recommended.

2. Kemudahan Fasiliti di Lakefront Prima

Di Lakefront Prima, kemudahan yang disediakan adalah sangat lengkap dan memudahkan kehidupan seharian. Boleh turun je ke Level 1, anda akan dapati pelbagai kedai makan yang menawarkan pelbagai jenis masakan – daripada masakan Melayu, mamak dan lain-lain. Ini pastinya memudahkan penduduk untuk mendapatkan makanan tanpa perlu keluar jauh dari rumah. Selain itu, terdapat juga kedai runcit, 7Eleven, kedai dobi pakaian dan lain lain untuk memenuhi keperluan harian

Bagi keluarga yang mempunyai anak-anak, kemudahan kolam renang dan taman permainan di Level 1 menjadikan tempat ini lebih menarik. Anak-anak dapat bermain dan berseronok di kawasan yang selamat dan terjaga, sementara ibu bapa boleh berehat atau bersantai di kolam renang.

3. Komuniti Setempat yang Harmoni

Salah satu aspek yang membuatkan Lakefront Prima begitu unik adalah komuniti setempatnya. Memandangkan ini adalah projek rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia, majoriti penduduknya adalah warga Malaysia dari pelbagai kaum, barulah  Satu Malaysia. Kehidupan dalam komuniti yang berbilang kaum ini pastinya menyemai semangat perpaduan dan keharmonian.

Tambahan lagi, tiada penyewa foreigner dibenarkan di sini, memastikan suasana kejiranan yang lebih selesa dan selamat. Penduduk juga boleh menyertai group komuniti Lakefront di telegram, whatsapp dan facebook untuk mendapatkan info terkini tentang perkara setempat. Group komuniti ini sering berkongsi maklumat mengenai pelbagai bisnes tempatan seperti perkhidmatan penghantaran makanan, servis pembersihan, dan banyak lagi.

Kesimpulannya, Lakefront Prima Cyberjaya memang sangat sesuai untuk orang Malaysia nak menyewa atau niat nak beli rumah disini, Ada persekitaran yang tenang, selamat dan penuh dengan kemudahan. Tak hairanlah mengapa banyak yang menganggap Lakefront Prima sebagai pilihan utama untuk menetap di Cyberjaya.