Panduan
5
 minit bacaan

Apakah peranan Ejen Hartanah ?

Pernah tak anda mencari rumah sewa atau rumah idaman untuk dibeli secara online? Selalunya, anda akan nampak iklan-iklan yang dipaparkan oleh ejen hartanah. Sebenarnya, apakah peranan ejen hartanah ini? Jom ketahui lebih lanjut.
Ditulis oleh
Amirul Hilmy
Tarikh dikemaskini
26/7/2024

Apakah Peranan Ejen Hartanah ?

Apa itu Ejen Hartanah ?

Sebelum itu , kita perlu tahu dulu apa itu Ejen Hartanah/ Perunding Hartanah? Mereka ni ialah individu yang dilantik dan dilatih oleh ejen hartanah berdaftar. Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah (LPPEH) membenarkan setiap ejen hartanah berdaftar melantik sehingga 50 perunding hartanah pada satu masa. Setiap perunding hartanah perlu didaftarkan dengan LPPEH dan akan menerima REN Tag. REN Tag ini mengandungi maklumat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nama agensi, dan nombor REN yang unik bagi setiap perunding. Tanggungjawab memastikan bahawa perunding hartanah di bawah jagaan mereka kompeten dan mematuhi standard yang ditetapkan adalah di bawah ejen hartanah berdaftar semasa menjalankan urusan perniagaan dengan pelanggan.

1. Memberi khidmat nasihat penjualan @ sewaan rumah.

Peranan ejen hartanah adalah memberikan khidmat nasihat dalam jual beli atau penyewaan rumah. Dengan pengalaman yang luas dalam industri hartanah, ejen hartanah berperanan memberi panduan dan nasihat kepada penjual, pembeli, dan penyewa. Mereka membantu memastikan setiap pihak membuat keputusan yang terbaik berdasarkan keadaan pasaran semasa, nilai hartanah, dan keperluan individu. Nasihat ini merangkumi pelbagai aspek seperti harga jualan atau sewaan yang sesuai, proses rundingan, serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin transaksi yang lancar dan menguntungkan semua pihak yang terlibat.

Sebagai contoh yang lebih spesifik, bayangkan seorang penjual rumah di Petaling Jaya yang ingin menjual rumah teres dua tingkatnya. Ejen hartanah yang berpengalaman akan mula dengan menilai keadaan rumah dan melakukan analisis pasaran untuk menentukan harga jualan yang kompetitif. Berdasarkan pengetahuan mereka, ejen tersebut mungkin menasihatkan penjual untuk melakukan beberapa pembaikan kecil seperti mengecat semula dinding, menggantikan paip yang bocor, atau mengemas taman untuk meningkatkan daya tarikan rumah kepada bakal pembeli.

Bagi pembeli, katakan seorang individu sedang mencari kondominium di Kuala Lumpur dengan bajet RM500,000. Ejen hartanah akan menggunakan kepakaran mereka untuk mencari beberapa pilihan kondominium yang sesuai dengan keperluan pembeli, seperti jarak ke tempat kerja, kemudahan awam, dan fasiliti dalam bangunan. Ejen juga akan menasihati pembeli mengenai proses pembelian, membantu dalam rundingan harga, dan memastikan semua dokumen yang diperlukan disediakan dengan betul untuk memudahkan proses pembiayaan. Dengan memberikan contoh-contoh ini, kita dapat melihat bagaimana ejen hartanah memainkan peranan penting dalam membantu penjual, pembeli, dan penyewa membuat keputusan yang terbaik berdasarkan keperluan dan keadaan mereka masing-masing.

2. Menyemak market value rumah

Selain memberi khidmat nasihat, ejen hartanah juga memainkan peranan penting dalam menyemak nilai pasaran rumah. Sebagai contoh, Ali membeli rumah di kawasan berdekatan pengangkutan awam pada tahun 2015 dengan harga RM200,000. Tahun ini, Ali merancang untuk menjual rumahnya pada harga RM250,000. Namun, setelah ejen hartanah melakukan semakan nilai pasaran, didapati bahawa nilai rumah Ali adalah sekitar RM300,000 ke atas kerana permintaan yang tinggi di kawasan perumahan tersebut. Ini menunjukkan bagaimana ejen hartanah dapat memberikan nasihat yang menguntungkan penjual dengan memastikan harga jualan rumah ditetapkan mengikut nilai pasaran semasa, membantu Ali mendapatkan pulangan yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan.

3. Marketing , pemasaran rumah (mencarikan buyer rumah)

Selain itu, peranan ejen hartanah dalam pemasaran rumah adalah penting untuk mempercepatkan penjualan dan mencarikan pembeli yang sesuai. Ejen hartanah mempunyai akses kepada pelbagai platform iklan yang luas, membolehkan mereka mempromosikan rumah dengan lebih berkesan. Contohnya, platform seperti iProperty, PropertyGuru, dan Mudah (Pro) menyediakan ruang iklan yang diutamakan dan khusus untuk hartanah, membolehkan rumah dipaparkan kepada pembeli berpotensi yang lebih relevan.

Ejen hartanah juga berperanan dalam mencarikan rumah yang memenuhi ciri-ciri kemahuan pembeli. Dengan pengetahuan dan rangkaian yang luas, mereka boleh mengenal pasti rumah yang memenuhi keperluan spesifik pembeli, seperti lokasi, saiz, dan kemudahan yang diinginkan. Ini membantu mempercepatkan proses pencarian rumah bagi pembeli dan memudahkan penjualan rumah bagi penjual.

Dengan kepakaran dalam pemasaran dan pencarian pembeli, ejen hartanah memastikan proses jual beli rumah berjalan dengan lebih lancar dan efisien, menguntungkan kedua-dua penjual dan pembeli.

4. Bawa client viewing rumah

Selepas pemasaran, pasti ada klien yang berminat dengan rumah yang diiklankan. Ejen hartanah akan mengatur temu janji untuk sesi lawatan rumah bersama klien. Ini penting kerana ia memberi peluang kepada pembeli berpotensi untuk melihat keadaan sebenar rumah, memahami susun atur dan ciri-ciri rumah, serta berbincang mengenai butiran lanjut seperti harga, keadaan rumah, dan perjanjian lain. Dengan mengadakan sesi lawatan, ejen hartanah dapat membantu klien membuat keputusan yang lebih yakin dan tepat, serta mempercepatkan proses jual beli.

5. Memudah cara proses pinjaman

Ejen hartanah juga memainkan peranan penting dalam memudahkan proses pinjaman bagi pembeli. Mereka membantu menyusun dan menyediakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman bank, memastikan semua dokumen lengkap dan betul, yang mempercepatkan proses kelulusan pinjaman. Ejen hartanah akan membantu mengumpulkan dan menyediakan dokumen berikut:

·        Perjanjian Jual dan Beli (SNP Rumah)

·        Laporan penilaian harta tanah

·        Dokumen peribadi pembeli:

·        Dokumen kewangan tambahan:

·        Penyata cukai pendapatan

·        Surat Tawaran (LOA)

·        Surat Cara Pemindahan (MOT)

·        Surat Ikatan Penyerahan Hak (DOA)

Dengan bantuan ejen hartanah, semua dokumen ini dapat disusun dengan baik, menjadikan proses permohonan pinjaman lebih mudah dan cepat. Ini membantu pembeli mendapatkan pembiayaan yang diperlukan tanpa banyak kerumitan, dan memastikan urusan jual beli rumah berjalan dengan lancar

6. Membantu mendapatkan banker dan lawyer yang kompeten

Selain itu, ejen hartanah juga membantu pembeli mendapatkan banker dan lawyer yang kompeten. Selalunya, ejen hartanah boleh mencadangkan banker yang sesuai untuk menguruskan pembiayaan dan lawyer yang berpengalaman dalam urusan hartanah. Ini memastikan semua aspek undang-undang dan kewangan diuruskan dengan baik.

Manfaat mendapatkan banker dan lawyer yang kompeten melalui ejen hartanah termasuk:

·        Memudahkan kerja pembeli dan penjual: Ejen hartanah menguruskan hubungan dengan banker danlawyer, memastikan semua urusan berjalan lancar tanpa perlu pembeli ataupenjual mencari sendiri.

·        Jimat masa: Dengan ejen hartanah yang sudah mempunyai rangkaian profesional yangdipercayai, proses pencarian banker dan lawyer menjadi lebih cepat dan efisien.

·        Kepakaran dan pengalaman: Banker dan lawyer yang dicadangkan oleh ejen hartanah biasanya ada pengalaman dan kepakaran dalam urusan hartanah, memberikan progress pengurusan jual beli dengan lebih teratur dan cepat.

7. Follow up progress pembelian daripada banker, lawyer dan pihak-pihak lain.

Yang terakhir sekali, ejen hartanah juga penting dalam follow up tentang perkembangan proses pembelian dari banker, lawyer, dan pihak-pihak lain yang terlibat. Mereka pastikan semua urusan berjalan lancar dan mengikut jadual.

Manfaat dari peranan ini termasuk:

·  Memantau kemajuan: Ejen hartanah akan sentiasa berhubung dengan banker dan lawyer untuk memastikan proses pembelian berjalan lancar dan mengikut jadual.

· Mengatasi masalah: Jika ada isu atau kelewatan, ejen hartanah akan segera menyelesaikannya,mengurangkan tekanan kepada pembeli dan penjual.

· Komunikasi berkesan: Ejen hartanah bertindak sebagai penghubung, memudahkan komunikasi antara semua pihak terlibat dan memastikan semua maklumat penting disampaikan dengan tepat.

·  Menjimatkan masa dan usaha: Pembeli dan penjual tidak perlu menguruskan semua komunikasi dan tindak lanjut sendiri,menjimatkan masa dan usaha mereka dalam proses pembelian hartanah.