Panduan
2
 minit bacaan

Panduan Jual Rumah Anda

Langkah-langkah penting dalam menjual rumah termasuk menetapkan harga dengan bijak, menyediakan dokumen yang betul, serta mempersiapkan rumah untuk dijual.
Ditulis oleh
Fikry Zulkifly
Tarikh dikemaskini
20/5/2024

Anda mungkin ada banyak sebab kenapa anda nak jual rumah anda. Mungkin anda kena keluar negara, mungkin anda nak pindah ke rumah yang lebih besar untuk memuatkan keluarga dan mak ayah mertua.

Tak kisahlah apa pun sebab dan situasi anda, di sini dikongsikan beberapa llangkah yang akan membantu anda dalam proses menjual rumah di Malaysia!

1) Semak Maklumat Tentang Rumah Yang Ingin Dijual

Pertama sekali, pastikan anda sediakan maklumat terperinci tentang rumah tersebut, termasuklah:

  • Lot bumiputera atau bukan bumiputera? Jika lot bumiputera, ia hanya boleh dipindah milik kepada bukan bumiputera selagi ianya mematuhi garis panduan Kerajaan Negeri.
  • Freehold atau leasehold? Freehold selalunya lebih mahal, manakala leasehold lebih berisiko.

Selain itu, buat semakan terhadap pinjaman perumahan, sama ada ia ada penalti bagi lock-in period.

Secara mudahnya, lock-in period adalah tempoh di mana peminjam tidak dibenarkan menjual hartanah mereka. Tapi kalau jual juga, itu yang kena penalti, biasanya sekitar 2% hingga 5%.

Katakanlah pinjaman perumahan anda bernilai RM300,000, kalau penalti 5% maknanya anda kena bayar RM15,000 tau!

Jadi kalau anda nak jual rumah sebab nak dapatkan keuntungan, pastikan anda buat kira-kira dengan teliti terlebih dahulu.

2) Kaji Harga Pasaran Dan Tetapkan Harga Yang Anda Mahu

Tak kisahlah anda nak jual apa sekalipun, pastinya nak tetapkan harga yang tak tinggi sangat sampai tak ada siapa nak beli, tapi tak rendah sangat supaya anda dapat pulangan yang sepatutnya.

Jadi, pastikan anda membuat kajian mendalam tentang harga pasaran. Ini 4 perkara yang boleh membantu:

  • Buat semakan dengan ejen hartanah
  • Dapatkan perkhidmatan juru nilai profesional
  • Tinjau harga hartanah-hartanah di PropertyGuru
  • Tengok harga transaksi hartanah/kawasan tersebut di iProperty

3) Dapatkan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah Anda

Ejen hartanah memainkan peranan penting untuk menjadikan proses jual beli rumah anda mudah dan teratur.

Ejen yang terlatih akan membantu memasarkan rumah anda untuk dijual, berunding dengan pembeli, dan memastikan proses jual beli rumah berjalan dengan lancar.

Setiap ejen hartanah perlu berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah Dan Pengurus Harga (LPPEH).Anda boleh semak di laman web rasmi LPPEH dengan menggunakan REN No yang diberikan .

Setelah berjaya mendapatkan ejen hartanah yang boleh diharap, beritahu akan harga yang ingin dijual serta diskaun yang anda mampu tawarkan kepada pembeli.

Banyak tips yang anda boleh gunakan untuk mempercepatkan perjualan hartanah anda, tanya je Ejen hartanah tu.Contohnya , bayaran duit muka yang rendah ,kebenaran 100% pinjaman oleh pembeli dan sebagainya.

Jangan takut untuk bertanya apa-apa soalan yang berkaitan dengan hartanah dan proses jual beli!

4) Dapatkan Peguam Untuk Menguruskan Segala Perjanjian

Kebanyakan penjual dan pembeli memilih untuk berkongsi peguam yang sama bagi menjimatkan yuran guaman.

Anda tiada contact Peguam ? Anda boleh bertanya kepada Ejen hartanah anda, pasti mereka ada peguam masing-masing.

Namun perlu diingat, dari segi undang-undang, peguam tidak boleh mewakili kedua-dua pihak kerana akan timbul konflik kepentingan.

Sebab itulah penting bagi anda mencari dan melantik peguam sendiri. Peguam ni akan membantu anda menguruskan segala hal yang berkaitan dengan undang-undang, terutamanya bagi perjanjian jual beli.

Boleh dikatakan peguam ini seperti insurans untuk anda dalam proses jual beli hartanah.

5) Pastikan Rumah Anda Sedia Untuk Dilawat

Ini bahagian yang paling penting untuk anda lakukan,yang lain anda boleh minta ejen hartanah anda uruskan.

"First impression is everything" bak kata orang putih.

Tak perlu bazir duit beli hiasan tambahan untuk rumah anda, cukuplah sekadar anda pastikan rumah dalam keadaan bersih, terjaga, dan selesa didiami.

Pastikan lantai disapu dan dimop. Bersihkan dan lap ruang permukaan daripada habuk dan minyak, contohnya di atas meja, rak buku, kabinet, dan dapur.

Pastikan kelengkapan-kelengkapan asas di dalam rumah juga berfungsi, terutamanya yang anda pasti akan dicuba ketika pembeli datang ke rumah.

Ini termasuklah suis lampu, paip air, water heater, dan juga dapur. Anda mungkin perlu keluarkan sedikit belanja untuk membaiki apa-apa yang rosak.

Tak lupa juga dengan kawasan di luar rumah. Bersihkan laman anda daripada sampah dan daun-daun, dan potong rumput jika perlu.

Dah habis kemas, barulah mudah nak ambil gambar untuk tujuan pengiklanankan ? Anda boleh meminta ejen hartanah anda mengambil gambar rumah anda secara professional

6) Iklankan Rumah Anda

Proses ini akan dilakukan oleh ejen hartanah anda. Tetapi jika anda mempunyai modal lebih, anda boleh cuba iklankan rumah anda sendiri.

Gunakan gambar yang telah diambil selepas anda mengemas dan cuci rumah.Dengan gambar yang jelas, pembeli dapat bayangkan macam mana mereka boleh duduk di dalam rumah anda, dan menjalani urusan mereka sehari-hari.

Pastikan juga keadaan rumah anda memang serupa dengan gambar. Jangan sampai masukkan almari, katil dan kelambu dalam gambar, tapi dalam bilik sebenarnya kosong.

Nanti bila pembeli datang, mereka mungkin akan rasa tertipu, buat membazir je masa semua orang.Anda boleh gunakan adobe photsohop atau Canva untuk hilangkan perabot yang anda tidak sekalikan dalam jualan rumah.

7) Bersedia Untuk Proses ‘Viewing

Bila anda dah dapat pembeli yang berminat untuk rumah anda, tetapkan temu janji mengikut keselesaan kedua-dua pihak.

Bila temu janji dah ditetapkan, pastikan anda benar-benar lapang dan mampu meluangkan masa. Temu janji ni akan memberi tanggapan pertama kepada pembeli.

Kalau anda buat mereka menunggu atau tiba-tiba kena tunda temu janji, mereka mungkin rasa yang anda tidak hormat akan masa mereka.

Mereka juga mungkin fikir yang anda tak profesional dan boleh mendatangkan masalah dalam urusan-urusan lain yang akan datang.

Jika anda terikat dengan komitmen masa atau tenaga, dapatkan khidmat ejen hartanah untuk mengendalikan proses ‘viewing’.

Sekali lagi, pastikan rumah tersebut dalam keadaan yang baik. Jika terdapat kerosakan kecil seperti paip bocor ataupun mentol lampu terbakar, baikinya terlebih dahulu.

8) Runding Harga Dengan Bakal Pembeli

Bila anda dah dapat pembeli yang setuju untuk membeli rumah anda, bermulalah proses rundingan.

Di sini, sediakan diri untuk proses tawar-menawar. Macam biasalah, mungkin anda ingin menaikkan sedikit harga daripada apa yang disasarkan, manakala pembeli pula akan meminta diskaun.

Jadi anda tawar-menawar hingga bertemu di tengah-tengah. Namun ada juga yang meletakkan harga yang mereka mahu terus pada iklan. Cara ini mungkin nampak lebih jujur.

Sesetengah penjual tidak kisah untuk menunggu supaya mereka dapat menjual rumah pada harga yang mereka inginkan.

Ada juga yang tidak kisah memberi tawaran yang lebih murah asalkan rumah dapat dijual dengan cepat.

Yakinkan pembeli dengan memberi penjelasan tentang keadaan pasaran, dan buat perbandingan antara harga pasaran pesaing lain dengan harga yang anda tawarkan.

Jangan lupa untuk dapatkan nasihat daripada ejen hartanah anda untuk memberi penerangan kepada pembeli.

9) Tawaran Membeli (Letter of Offer)

Apabila pembeli memberi persetujuan untuk membeli, anda boleh meminta pembeli untuk menandatangani Tawaran Membeli (Letter of Offer) daripada pihak bank.

Tawaran Membeli ini mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  • Nama pihak pembeli dan penjual
  • Alamat lengkap rumah yang dijual
  • Harga yang dipersetujui
  • Jumlah deposit
  • Sebarang kelengkapan yang dijual sekali
  • Bila tarikh akhir perjanjian jual dan beli akan ditandatangani

Secara ringkasnya, tujuan Tawaran Membeli ini adalah untuk mengelakkan penjual daripada menjual rumah kepada pihak lain, serta mengelakkan pembeli menarik diri daripada urusan jual beli.

Pada peringkat ini, pembeli kebiasaannya akan membayar 2%-3% daripada jumlah deposit kepada ejen hartanah/peguam.

Deposit awal ini menunjukkan komitmen pembeli dan ia akan dipegang oleh pihak ketiga sebagai ‘escrow’ sebelum urusan jual beli diselesaikan.

10) Perjanjian Jual Beli (Sales & Purchase Agreement/SPA)

Seterusnya, Perjanjian Jual Beli ataupun Sales and Purchase Agreement (SPA) ni akan diuruskan oleh pihak peguam.

PA berfungsi sebagai kontrak yang sah daripada segi undang-undang yang menggariskan butir-butir penjualan yang berlaku antara kedua-dua pihak.

Semasa proses menandatangani perjanjian ini, pastikan pembeli memahami dengan jelas tentang syarat-syarat yang dipersetujui. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul pada kemudian hari.

Setelah perjanjian ditandatangani, pembeli akan membayar 10%  daripada harga jualan. Proses ini perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari selepas Tawaran Membeli ditandatangani.downpayment

Secara umumnya, dalam mana-mana SPA, anda akan mendapat 90% lagi bayaran dari tarikh perjanjian ditandatangani dan dimatikan setem.

Walau bagaimanapun, tempoh masa ini boleh berubah dan tertakluk kepada syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh anda dan pembeli.

Artikel ini diambil daripada PropertyGuru .Maklumat disediakan adalah maklumat umum sahaja