Panduan
5
 minit bacaan

Panduan Sewakan rumah anda

Menggunakan ejen sewaan untuk mendapatkan penyewa adalah satu langkah bijak. Anda mampu menjimatkan duit, tenaga dan paling penting masa.
Ditulis oleh
Fikry Zulkifly
Tarikh dikemaskini
14/6/2024

Sewakan rumah anda kepada orang luar merupakan satu keputusan yang besar.Orang luar yang anda tidak tahu bagaimana perangai dan sifat menyebabkan anda teragak-agak untuk sewakan rumah walaupun terpaksa.

Jika anda melakukan dengan cara yang betul, anda mampu mendapatkan 'penyewa dari syurga' dan sewaan rumah mampu menghasilkan pendapatan tambahan sama ada secara jangka pendek mahupun jangka panjang. Mana taknya, duit sewaan itu mampu dijadikan bayaran bulanan bank dan lebihanya mampu jadi perbelanjaan sendiri.

Tetapi malangnya,tak semuanya berkenaan sewa rumah indah. Sewa kediaman anda kepada orang luar merupakan keputusan besar kerana jika anda tersilap dapat penyewa,rumah anda boleh 'hancur' dan wang juga bakal 'hangus'.

Pasti ada pengalaman ngeri yang dialami oleh tuan rumah seperti tunggakan bayaran sewa, rumah rosak teruk, rumah dijadikan makmal proses bahan terlarang, jadi markas perjudian dan sebagainya.

Ada juga tuan rumah pada mulanya ingin menyewakan sendiri untuk jimat kos tetapi akibat kekurangan pengalaman pengiklanan rumah dan pengetahuan harga 'market' setempat , rumahnya terbiar tidak dapat disewakan berbulan-bulan lamanya.

Apabila menghadapi situasi-situasi yang tak dingini berlaku, tuan rumah seringkali merasa terdesak untuk mencari penyelesaian. Sesetengah daripada mereka mungkin berputus asa dan memilih untuk menjual rumah sewaan tersebut sebagai langkah terakhir.

Masalah berkenaan sewaan ini timbul gara-gara tuan rumah sewakan rumah tidak mengikut prosedur sewa rumah yang betul.

Jom kita baca panduan cara sewakan rumah yang betul .

Caj Ejen Sewaan

Lantik Ejen Hartanah (Contact Us)

Anda boleh skip langkah ini jika ingin menyewakan rumah anda sendiri ya.

Perkara pertama yang anda sebagai tuan rumah boleh lakukan adalah melantik ejen hartanah yang mahir dan berpengalaman di kawasan rumah anda.Kalau boleh , cari ejen hartanah yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama bagi memudahkan urusan sewaan.

Apa kelebihan lantik ejen sewaan ni ?

Kelebihan Servis Ejen Sewaan

Di atas merupakan kelebihan-kelebihan yang anda boleh perolehi jika menggunakan servis ejen sewaan.

Anda boleh membuat carian ejen berdaftar sama ada di website hartanah ataupun group komuniti.Sebelum melantik ejen hartanah, anda boleh tanya beberapa soaaln penting seperti :

-Harga pasaran sewaan rumah

-Proses sewaan dan jangka masa diambil

-Caj servis dikenakan (Standard Servis Caj 1 Bulan Sewaan)

-Nombor REN dan Agensi

Sekiranya anda dapati mereka memenuhi kriteria sebagai ejen hartanah berdaftar yang sah dan berpengalaman, boleh set masa untuk berjumpa bagi proses seterusnya iaitu 'Inspection"

Proses pemeriksaan hartanah (Inspection)

Proses ini selalu diabaikan oleh tuan rumah mungkin mereka merasakan proses ini membazir masa.Sebenarnya, proses ini penting kerana pada waktu ini ,ejen hartanah akan membuat 'inspection' rumah dan mengambil gambar rumah anda secara professional untuk tujuan pengiklanan.Sebelum Ejen hartanah anda datang, anda boleh pastikan rumah di dalam keadaan elok untuk memudahkan mereka mengambil gambar untuk pengiklanan.

Pada waktu ini anda boleh memberitahu mereka kerosakan terkini,apa yang anda akan baiki,,profil bekas penyewa anda jika ada dan apa-apa info penting.

Proses Perbincangan (Discussion)

Setelah selesai pemreriksaan(Inspection), ejen hartanah anda akan memberikan nasihat professional mengenai harga anggaran rumah sewa anda,medium pengiklanan yang mereka gunakan dan sebagainya.

Jika bersetuju dengan harga sewa ditetapkan,anda boleh mencadangkan bakal penyewa yang bagaimana anda mahukan.Anda boleh mudahkan terma dan syarat sewaan seperti ansuran bayaran deposit ataupun tarikh pemindahan yang fleksibel.

Semuanya terpulang kepada anda sebagai tuan rumah untuk tentukan.Anda juga boleh memberikan kunci rumah kepada ejen yang dipercayai contohnya ejen tinggal di kawasan kejiranan untuk memudahkan tugas anda dan mereka.

Jangan lupa minta draft perjanjian untuk dijadikan rujukan dan penambahbaikan klausa anda inginkan.

Proses Pemasaran (Marketing)

Proses ini hanya dilakukan oleh ejen sahaja.Mereka akan mendapatkan klien berpandukan profil yang anda nak.

Mungkin anda boleh minta link iklan hartanah anda di medium pengiklanan ejen hartanah anda (Propertyguru,Iproperty,Mudah dah sebagainya)

Anda hanya perlu tunggu update daripada mereka.Mereka akan update profil klien yang ingin melawat rumah anda dan jika anda setuju, boleh set temujanji unutk mellhat rumah anda.Senang kan ?

Proses Melawat Rumah (Viewing)

Pada masa ditetapkan dan sebelum klien dan ejen hartanah anda sampai, anda boleh bersihkan sebaik mungkin rumah anda sekali lagi.Pada waktu ini ejen anda akan membawa klien untuk melihat rumah dan anda hanya perlu jawab apa-apa soalan yang diutarakan oleh mereka.

Mungkin klien anda akan meminta beberapa perkara seperti tambah perabot,kurangkan harga sewa dan sebagainya.Berbincanglah dengan elok dan dapatkan kata putus.

Jika semuanya berjalan lancar, klien anda akan membayar booking fee dan anda boleh tetapkan tarikh penyerahan kunci rumah.Di bawah adalah contoh standard kadar deposit untuk Rumah sewaan yang anda akan dapat.

Deposit need to pay before get key:  

Rental Price : RM1400

2+1+0.5+TA

2 months (Security depo)* -Rm2800
1 month (First month rental)** - Rm1400
0.5(utility depo)* - Rm700
Stamping & Disbursement- Rm300

Amount : Rm5200
*Refundable
**Booking fee: 1 month

Pastikan duit ni masuk ke agensi ejen anda ya.

Jadi, 1 bulan akan ditolak dari deposit sebagai caj servis ejen sewaan.

Kesimpulan

Di sini dapatlah kita simpulkan untuk menyewa rumah anda bukan satu perkara yang mudah. Pelbagai langkah perlu diambil dengan teliti dan pengalaman serta kemahiran diperlukan untuk mendapatkan penyewa secara tepat dan cepat.

Jika anda berminat menggunakan servis ejen sewaan hartanah, anda boleh tekan link dibawah

http://wasap.my/60176515784/SewaHartanahFikryZulkifly