Panduan
9
 minit bacaan

Tips Beli Rumah Pertama 2024

Anda pembeli rumah pertama? Jom kita baca apakah panduan dan tips penting yang anda boleh ikut sebelum membeli rumah pertama anda
Ditulis oleh
Fikry Zulkifly
Tarikh dikemaskini
13/6/2024

Panduan Dan Tips Beli Rumah Pertama 2024

Siapa je tak nak beli rumah kan ? Boleh katakan seluruh rakyat Malaysia mempunyai keinginan memiliki rumah sendiri.Perasaan duduk di rumah sendiri dan rumah sewa jauh berbeza.Orang kata rumah semakin lama semakin naik harga,bertambah runsing untuk kita yang masih belum memiliki rumah pertama.

Ada betulnya ,mengikut akhbar semasa setiap tahun harga bahan binaan meningkat di Malaysia.

Membeli rumah adalah satu langkah besar dalam kehidupan.Boleh dikatakan pembelian rumah adalah pembelian terbesar untuk kebanyakan orang.
Ia bukan sekadar pembelian aset tempat tinggal, tetapi juga merupakan pelaburan jangka panjang.Kesilapan dalam membeli rumah boleh dielakkan jika kita mengambil langkah-langkah sepatutnya.

Bagi memastikan pembelian berjalan lancar, adalah penting untuk mengetahui panduan dan tips-tips membeli rumah pertama anda.

Langkah 1 : Tetapkan Matlamat Pembelian Rumah

Sebelum memulakan proses pembelian, penting untuk menetapkan matlamat yang jelas. Anda perlu tanya beberapa soalan penting untuk menetapkan matlamat anda .
Antara soalan penting

-Adakah anda ingin membeli rumah untuk kediaman sendiri atau sebagai pelaburan?
-Berapa lama untuk anda duduk rumah tu ?
-Berapa bajet bulanan anda ?

Anda perlu tetapkan dan ini akan membantu menentukan jenis hartanah yang sesuai untuk anda.

Penting untuk kita tahu hartanah tempat tinggal dengan hartanah pelaburan adalah sangat berbeza. Agak susah untuk anda dapat kedua jenis sekaligus .

Beli Rumah Untuk Duduk ?

Jika anda membeli rumah untuk kediaman, pertimbangkan faktor-faktor seperti lokasi, kemudahan, jarak tempat kerja dan saiz rumah yang sesuai dengan keperluan anda dan keluarga.Sebolehnya beli rumah mampu milik yang disediakan kerajaan untuk rumah pertama anda.

Beli Rumah Untuk Pelaburan ?

Bagi pelaburan, fokus kepada kawasan yang mempunyai potensi pertumbuhan nilai hartanah. Lakukan kajian menyeluruh terhadap pasaran hartanah dan trend semasa sebelum membuat keputusan.

Anda boleh mengikuti kelas pakar hartanah samada berbayar ataupun percuma.Do your own research ya

Buat Kajian Hartanah Berkaitan

Sebelum membuat keputusan matlamat pembelian, pastikan untuk membuat kajian hartanah yang menyeluruh. Ini termasuklah meneliti pasaran hartanah setempat, harga jualan terkini, harga bank value dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi nilai hartanah pada masa akan datang.
Tak perlu risau,zaman moden ni anda boleh cari segala info dan tips di Internet sahaja.


Langkah 2 : Semak Kelayakan Dan Kemampuan Bayar Pinjaman Bank

Sebelum memohon pinjaman perumahan, pastikan untuk menyemak kelayakan dan kemampuan anda untuk membayar pinjaman dengan teliti. Anda mesti tahu harga layak rumah dan harga mampu rumah anda adalah dua benda berbeza.

Macam mana nak tahu tu ? Zass jom sambung pembacaan

Cara Semak Harga Layak Rumah

Cara paling mudah adalah anda meminta agent Hartanah untuk mengirakan harga kelayakan rumah.Kiraan ini merangkumi dua metrik penting; DSR (debst service ratio) dan NDI (nett DIsporsable Income).

DSR
NDI


Dua kiraan ini antara faktorr besar berapa kelayakan pinjaman anda.
Pening kepala nak kira ? Anda boleh guna kalkulator ini untuk kira anggaran harga kelayakan rumah : www.fikryzulkifly.com /Kalkulator

Kalkulator ini hanyalah anggaran.Kiraan berdasarkan details yang anda isi .Anda nak kira lebih tepat ? Boleh, hubungi mana-mana banker yang anda kenal untuk bantu anda kira kelayakan pinjaman perumahan .

Cara ini lebih tepat kerana mereka mempunyai akses lebih banyak dan tepat mengenai profile kewangan anda.Cumanya Banker lebih gemar bantu orang yang betul-betul nak beli rumah sahaja.

Cara semak Kemampuan Bayar Pinjaman

Bank akan kira DSR berdasarkan formula. Tetapi pada akhirnya, andalah orang yang menentukan harga mampu rumah yang anda boleh beli.Anda perlu mengira-ngira komitmen bulanan,kos sara hidup,pelan kehidupan dan sebagainya untuk

menentukan berapa bulanan yangg anda mamou bayar installment rumah anda.

Pastikan untuk mempertimbangkan kemampuan anda untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan. Pakar kewangan menyarankan harga bulanan rumah tidak lebih dari 35% dari gaji anda.

Langkah 3 : Buat Persediaan Diri 6 bulan sebelum

Untuk pengetahuan anda, bank akan melihat profile kewangan anda 3 hingga 6 bulan dari tarikh permohonan pinjaman perumahan.

Jadi anda perlu sediakan diri anda dengan membina kredit skor yang baik dalam tempoh penting ini.

Selesaikan tunggakan seperti kad kredit,PTPTN dan lain-lain . Selain itu, Cuba elakkan membuat komitmen tambahan yang tidak diperlukan kerana ia boleh memberi kesan kepada DSR dan NDI anda.

Saya tiada sebarang komitmen , macam mana ya ?

Untuk yang tiada komitmen, jangan selesa sangat. Bank selalunya akan melihat anda sebagai orang yang berisiko kerana tiada rekod pembayaran balik hutang. Jadi mereka akan meletakan kadar faedah lebih tinggi daripada yang biasa.
Cuba untuk mulakan membuat rekod pembayaran balik sekurang-kurangnya dengan kad kredit.Kad kredit tu hanya anda perlu guna hanya untuk bayaran minyak sahaja pun dah okay !

Simpanan

Pihak bank juga selalunya akan melihat simpanan anda untuk menentukan anda orang berisiko atau tidak sebagai peminjam. Semakin banyak simpanan anda, semakin rendah risiko anda sebagai peminjam dan pihak bank akan memberi kadar faedah lebih baik berbanding biasa.
Jadi, jom mulakan menyimpan untuk rumah idaman anda .

Langkah 4 : Cukupkan Wang Untuk Bayar Kos Beli Rumah

Sediakan jumlah wang yang mencukupi untuk membayar kos pembelian rumah .Jom tengok apakah kos-kos yang perlu anda tahu sebelum beli rumah.

a)Deposit

Bayaran standard deposit rumah 10% .Pastikan jumlah deposit mencukupi mengikut persetujuan jual beli.

b)Kos Guaman Dan Duti Setem Perjanjian Jual Beli

Buat pembayaran kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli mengikut peraturan dan perundangan yang berkaitan.Kos-kos ini dalam anggaran 5% dari harga rumah

c)Kos-Kos Lain

Sediakan wang tambahan untuk kos-kos lain seperti bayaran valuation dan insuran.

Kejap ! Banyaknya Kena Bayar! Ada Cara Lain Tak Nak Kurangkan Bayaran Tu?

Sebagai pembeli rumah pertama, sudah tentu anda tidak mempunya banyak duit pendahuluan.Jom kita ambil tahu cara-cara untuk mengurangkan kos pembelian rumah.

Cara Beli Rumah Tanpa Deposit

Jika anda mencari alternatif untuk membeli rumah tanpa deposit atau deposit rendah, anda boleh ikut beberapa tips di bawah.

a)Beli Rumah Belum Siap Dari Pemaju

Membeli rumah dari Pemaju adalah jalan paling mudah memiliki rumah tanpa deposit.Mereka selalunya menyediakan rebat dan diskaun untuk memudahkan pembeli memilik rumah pertama.

b)Mohon Pinjaman Melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan(SJKP)

Skim jaminan kredit perumahan boleh menjadi pilihan untuk mendapatkan pinjaman tanpa deposit. Namun, pastikan untuk memahami syarat-syarat dan keperluan yang ditetapkkan kerajaan.

c)Guna Teknik Mark-Up Loan

Teknik mark-up loan adalah satu strategi untuk mendapatkan pinjaman yang melebihi nilai hartanah.Cari rumah yang dijual di bawah harga pasaran bank untuk mendapatkan cashback.Jadi disitu anda akan perolehi wang deposit anda semula

d)Buat Pengeluaran KWSP

Siasat kemungkinan untuk membuat pengeluaran dari akaun KWSP akaun 2.Tapi penting juga pastikan anda ada cukup duit di dalam akaun KWSP ya

Langkah 5 : Kaji Lokasi Dan Ziarah Ke Rumah

Sebelum membuat keputusan pembelian, lakukan kajian lokasi dan ziarah ke rumah yang dipilih untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.

Kaji Dan Senarai Pendek Lokasi Terlebih Dahulu

Buat senarai pendek lokasi berdasarkan faktor-faktor seperti kemudahan awam, aksesibiliti, dan keperluan peribadi anda.

Buat Temujanji

Buat temujanji dengan ejen hartanah atau pemilik rumah untuk melawat rumah yang dipilih dan mendapatkan maklumat lanjut.

Ziarah Ke Rumah

Semasa ziarah ke rumah, beri perhatian kepada keadaan fizikal rumah, kemudahan yang disediakan, dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan pembelian anda.

Setelah memilih rumah yang sesuai, fahami dengan teliti borang tempahan dan tandatangani dengan penuh kesedaran.

Mohon Pinjaman Perumahan

Mohon pinjaman perumahan daripada institusi kewangan yang dipilih berdasarkan keperluan dan kemampuan anda.

Tandatangan Perjanjian Jual Beli Dan Tunggu Pindah Milik Selesai

Setelah pinjaman diluluskan, tandatangani perjanjian jual beli dan tunggu proses pindah milik rumah selesai dengan lancar.

Terima Kunci Dan Semak Keadaan Rumah

Terima kunci rumah dan semak keadaan rumah dengan teliti sebelum memulakan penghuniannya.

Kesimpulan

Membeli rumah adalah satu proses yang melibatkan banyak langkah dan pertimbangan. Dengan merancang dan menyelidik dengan teliti, anda boleh membuat keputusan yang bijak dan memastikan pembelian rumah berjalan lancar. Ingatlah untuk sentiasa berunding dengan profesional seperti ejen hartanah dan peguam untuk mendapatkan nasihat yang terbaik sepanjang proses pembelian. Selamat mencari rumah idaman anda!